Tuesday, 30 September 2014
Sunday, 24 August 2014
Cara mengenal kulit babi /pig skin Ramai yang silap
JOm kita terjah info tentang kulit babi..dalam fashion kita harus sensative tantang kulit babi ni. Sebagai muslimah harus menjaga dan sebagai orang terpanting dalam keluarga..
Mesti kita pernah jadi mangsa membeli produk berasaskan kulit babi kan??
YA!saya pun pernah..ada juga barangan kesayangan saya..
so saya nasihatkan agar sebelum beli tu kita check dulu
Kita sering mendengar orang kata apabila produk kulit ada tanda 3 titik,itu bermakna kulit Babi,Sebenarnya pendapat ini kurang tepat sebab masih ada produk lain yang ada 3 titik tapi bukan kulit Babi.Barangan kulit yang dibuat dari POLYURETHANE pun ada 3 lubang juga.Jadi bagai mana kita nak bezakan? Perhatikan 2 gambar di bawah ini satu produk POLYURETHANE dan satu lagi KULIT BABI.
KULIT BABI ada 3 titik dan kedudukannya agak berterabur manakala POLYURETHANE kelihatan cantik tersusun.Sebenarnya tujuan lubang itu di buat adalah untuk memberikan keselesaan pada pengguna sebab itulah kasut serta beg tangan berasaskan POLYURETHANE ada lubang-lubang, pada kulit Babi pula saya rasa mungkin lubang semulajadi.
Bulu Babi
Produk berasaskan bulu Babi pula boleh dikenal pasti secara Visual,Kedudukan susunan berus itu bersilang antara satu sama lain dan bercabang pada hujungnya.
Contoh Bulu Babi,susunan bulu agak berterabur dan tak sekata |
Kaedah Pengesahan
Antara kaedah yang selalu diguna pakai untuk mengesan kulit atau bulu babi adalah :
1. Ujian Bakar - Apabila dibakar,bau yang terhasil seperti ranbut terbakar
2. Ujian Kelarutan - Menggunakan pelarut khas iaitu 5% Sodium Hidroksida,kalau larut maknanya
ada unsur haiwan dalam sampel.
3.Rupa bentuk Fizikal - Mempunyai 3 lubang ianya boleh dilihat menggunakan Mikroskop,sama ada
lubang itu tembus atau tidak.Kalau kulit haiwan lubang tembus hingga ke
dalam.
Saturday, 23 August 2014
Friday, 15 August 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)