Sunday, 24 August 2014

Cara mengenal kulit babi /pig skin Ramai yang silap

JOm kita terjah info tentang kulit babi..dalam fashion kita harus sensative tantang kulit babi ni. Sebagai muslimah harus menjaga dan sebagai orang terpanting dalam keluarga..


Mesti kita pernah jadi mangsa membeli produk berasaskan kulit babi kan??
YA!saya pun pernah..ada juga barangan kesayangan saya..
so saya nasihatkan agar sebelum beli tu kita check dulu


Titik 

Kita sering mendengar orang kata apabila produk kulit ada tanda 3 titik,itu bermakna kulit Babi,Sebenarnya pendapat ini kurang tepat sebab masih ada produk lain yang ada 3 titik tapi bukan kulit Babi.Barangan kulit yang dibuat dari POLYURETHANE pun ada 3 lubang juga.Jadi bagai mana kita nak bezakan? Perhatikan 2 gambar di bawah ini satu produk POLYURETHANE dan satu lagi KULIT BABI.






KULIT BABI ada 3 titik dan kedudukannya agak berterabur manakala POLYURETHANE kelihatan cantik tersusun.Sebenarnya tujuan lubang itu di buat adalah untuk memberikan keselesaan pada pengguna sebab itulah kasut serta beg tangan berasaskan POLYURETHANE  ada lubang-lubang, pada kulit Babi pula saya rasa mungkin lubang semulajadi.

Bulu Babi

Produk berasaskan bulu Babi pula boleh dikenal pasti secara Visual,Kedudukan susunan berus itu bersilang antara satu sama lain dan bercabang pada hujungnya.



Contoh Bulu Babi,susunan bulu agak berterabur dan tak sekata
Kalau susah sangat nak kenal pasti,bakar sedikit hujung berus,kalau bau rambut terbakar maknanya bulu binatanglah.Lazimnya berus yang dibuat dari bulu babi dilabelkan sebagai PURE BRISTLE,boleh cari gambar berus ini di google Image.

Kaedah Pengesahan 

Antara kaedah yang selalu diguna pakai untuk mengesan kulit atau bulu babi adalah :

1. Ujian Bakar             - Apabila dibakar,bau yang terhasil seperti ranbut terbakar

2. Ujian Kelarutan       - Menggunakan pelarut khas iaitu 5% Sodium Hidroksida,kalau larut maknanya 
                                       ada unsur haiwan dalam sampel.

3.Rupa bentuk Fizikal - Mempunyai 3 lubang ianya boleh dilihat menggunakan Mikroskop,sama ada 
                                       lubang itu tembus atau tidak.Kalau kulit haiwan lubang tembus hingga ke
                                       dalam.

4 comments:

  1. Assalamualaikum. Saya ada beli mango studded purse. Dalaman dia ada 3 titik. Dia tulis 88% polyurethane. Boleh guna kan? Huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun sama..beli mango purse so skrg saya tengah keliruu..ainin awak guna puse tu ke?

      Delete
  2. Saya pun beli mango purse ada tiga titik dalam tu. Confuse.

    ReplyDelete
  3. sy pun casing hp..was2...tp lubang tsusun..mcm po

    ReplyDelete